Iglo International - No Break in Cold Chain
ext4 ext3 ext2 intro login
Search our web here:
Find out more Main  > 2007  >  HAISAN tawar MTCF RM41j di Vietnam - Utusan


HAISAN tawar MTCF RM41j di Vietnam


KUALA  LUMPUR 20 April – Haisan Resources Bhd. (Haisan) melalui anak syarikat milik penuhnya IGLO International Ltd. (IGLO International) akan menawarkan kemudahan penyejukan kawalan suhu (MTCF) di Vietnam pada 4 Mei ini.  

Ketua Pegawai Eksekutif Haisan, Ong Chin Yet berkata, kemudahan itu ditawarkan bagi kegunaan penyimpanan barangan sejuk di Taman Industri Viet Hoa, Bandar Ho Chi Minh, Vietnam.  Beliau berkata, MTCF yang berharga AS$12 juta (RM41 juta) bukan hanya boleh digunakan untuk menyimpan makanan beku tetapi produk farmaseutikal dan komoditi industri. 

Chin Yet dalam kenyataannya di sini berkata, kini hanya terdapat dua pengendali gudang sejuk di Vietnam.  Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi Vietnam memerlukan pembangunan infrastruktur logistik bagi menampung keperluan di negara ini.  “Ini termasuk peningkatan permintaan untuk infrastruktur penyimpanan sejuk dalam negara bagi memenuhi peningkatan pengeluaran dan perdagangan,” katanya. 

©Utusan Online. 20070421

©Copyright © 2006 Iglo (M) Sdn Bhd. All rights reserved.
Other products and companies referred to herein are trademarks or registered or registered trademarks of their respective companies or mark holders
Powered by